Penubuhan & Operasi
Pusat CIES telah diperakukan untuk kelulusan Pengurusan Universiti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Insan dan Latihan Bil. 1/2024 bertarikh 17 Januari 2024 dan mendapat kelulusan penubuhannya.
Pusat CIES beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2024. Pengurusan dan pentadbiran Pusat CIES dinaungi oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah selaku Naib Canselor (NC) UIS dan diketuai oleh Dr. Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, selaku Pengarah Pusat dari Jabatan Pengajian Dakwah dan Usuluddin (JDUS) dan beberapa orang ahli akademik dari FPPI dan luar fakulti/universiti akan dilantik menjadi felo Pusat CIES.
Hala Tuju Pemantapan
-
Memperkukuhkan Perkongsian dan Jaringan Pintar
-
Memperkasakan Penyelidikan
-
Memperkasakan Penerbitan
-
Memperkasakan Budaya Ilmu
-
Memperkasakan Potensi Insan
-
Memperkasa Penjanaan Kewangan