Ringkasan Eksekutif
Arah tuju ini dirumuskan bagi menonjolkan kepentingan dan relevansi Pusat Kajian Etnik Orang Asli (CIES) dalam struktur organisasi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Komuniti dan Industri) berikutan pelaksanaan program yang melibatkan masyarakat Orang Asli. Hal ini adalah selaras dengan objektif dan peranan CIES sebagai pusat penyelidikan yang memfokuskan kepada sasaran khusus dakwah, iaitu masyarakat Orang Asli.
Arah tuju ini juga bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Nahl, ayat 125, yang bermaksud:
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Maksudnya:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk”.