Visi
Membina pemahaman yang mendalam dan inklusif tentang budaya dan tradisi Orang Asli untuk mengukuhkan strategi dalam pembangunan insan, penyelidikan dan jaringan industri dan memberi inspirasi kepada masyarakat Orang Asli ke arah keharmonian, kemakmuran dan kemajuan rohani dalam kerangka nilai Islam.
Misi
Menyebarluas kegiatan pembangunan insan, penyelidikan dan jaringan industri menerusi kebajikan, pendidikan dan sosial untuk meninggikan martabat Orang Asli.
Objektif
-
Mewujudkan jaringan dan kerjasama dengan industri dalam aktiviti bersifat intelektual dan pendidikan ilmu kepada Orang Asli.
-
Mewujudkan jaringan penyelidikan dalam kalangan cendekiawan dan ahli akademik yang mempunyai kepakaran berhubung dengan hal ehwal Orang Asli di Malaysia.
-
Melaksanakan aktiviti dan program bersifat pembangunan intelektual terhadap Orang Asli di Malaysia.
-
Menguruskan aktiviti penerbitan, persidangan dan dialog berkaitan Orang Asli.
-
Menjadi pusat rujukan intelektualisme berkaitan Orang Asli khususnya kategori Orang Asli Senoi yang terbesar di Malaysia.
Moto
“UIS Wasilah Persaudaraan”